Sila log masuk terlebih dahulu.

231 sukarelawan Southern Volunteers mula misi pasca banjir di Johor

A
A
A
BERITA SEMASA 8 MAC 2023

Seramai 231 orang pasukan sukarelawan Southern Volunteers berlepas ke Segamat bermula hari ini dalam misi Pasca Banjir untuk membantu penduduk yang tekesan akibat banjir, laporan wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata misi pasca banjir di Segamat selama lima hari yang akan berakhir Ahad ini akan juga diteruskan di daerah -daerah lain yang terjejas.

Menurutnya, misi bantuan ini digerakkan susulan titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahu pasukan sukarelawan Southern Volunteers digerakkan untuk membantu mangsa banjir di beberapa negeri terjejas ketika ini.

#BeritaSemasa #SinarHarian