Banjir Johor: 26 bank setuju beri moratorium

Onn Hafiz (empat dari kanan) bergambar bersama sukarelawan konvoi pasca banjir Johor di Dataran Mahkota Kota Iskandar pada Rabu.
Onn Hafiz (empat dari kanan) bergambar bersama sukarelawan konvoi pasca banjir Johor di Dataran Mahkota Kota Iskandar pada Rabu.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Sebanyak 26 institusi perbankan bersetuju memberikan moratorium sehingga enam bulan kepada mangsa banjir di Johor.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kesediaan bank memberikan moratorium tersebut memberikan kelegaan kepada mangsa banjir yang terjejas.

"Alhamdulillah, hampir 26 bank dah bersetuju untuk berikan moratorium kepada mangsa banjir. Saya bagi pihak kerajaan negeri mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.

"Perdana Menteri pada Selasa di Dewan Rakyat telah menjawab tentang semua bank perlu membantu rakyat yang terjejas akibat banjir," katanya.

Onn Hafiz (dua dari kanan) melepaskan sukarelawan konvoi pasca banjir Johor di Dataran Mahkota Kota Iskandar pada Rabu.
Onn Hafiz (dua dari kanan) melepaskan sukarelawan konvoi pasca banjir Johor di Dataran Mahkota Kota Iskandar pada Rabu.



Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelepasan Sounthern Volunteers, sukarelawan dan agensi kerajaan sempena konvoi pasca banjir Johor di Dataran Mahkota Kota Iskandar, di sini, pada Rabu.

Hadir sama, Setiausaha Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani dan barisan exco kerajaan negeri.

Pada Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Dewan Rakyat, tiga bank bersetuju memberikan moratorium sehingga enam bulan kepada mangsa banjir.

Menurutnya, tiga bank itu adalah Malayan Banking Bhd (Maybank), CIMB Bank Bhd (CIMB) dan Agrobank.

Isnin lalu, Onn Hafiz memohon agar moratorium diberikan kepada mangsa banjir di negeri ini, antara tiga hingga enam bulan bagi meringankan bebanan mereka yang mempunyai pinjaman daripada institusi perbankan.