Sila log masuk terlebih dahulu.

[LIVE] Pemilihan UMNO: Proses bersihkan parti?

07 Mac 2023 | Wacana
A
A
A
[LIVE] Pemilihan UMNO: Proses bersihkan parti?

Pemilihan UMNO bagi penggal 2023/2026 membabitkan calon Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) menyaksikan seramai 95 percalonan.

Beberapa nama besar sah mencalonkan diri pada pemilihan kali ini antaranya bertaraf menteri dan timbalan menteri.

Bagaimanapun sempena pemilihan kali ini, berlakukah proses pembersihan dalam UMNO dan MKT bagi merintis jalan untuk kekal relevan sebagai parti yang pernah berkuasa total dulu?

Atau jika tidak tercetus pembersihan MKT, mungkinkah wujud kem pro presiden?

Sama ada berlaku pembersihan atau tidak, rakyat boleh menilai selepas pemilihan yang berlangsung bermula 11 Mac ini.

Ikuti perbincangannya dalam Wacana bertajuk PEMILIHAN UMNO: PROSES BERSIHKAN PARTI? bersama panel iaitu Bekas Setiausaha Eksekutif BN, Datuk Ahmad Masrizal Muhammad; Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam.

Facebook: http://bitly.ws/BgD2

Youtube: http://bitly.ws/BgD6

Twitter: http://bitly.ws/BgDa

#WacanaSinar

#SinarUntukMalaysia

#SinarHarian