Kami kecewa, mahu bangkit lawan Penang FC - Lee Tuck

Lee Tuck (kiri) diasak pemain PDRM FC pada aksi Liga Super 2023 pada Sabtu lalu. Foto KDA FC
Lee Tuck (kiri) diasak pemain PDRM FC pada aksi Liga Super 2023 pada Sabtu lalu. Foto KDA FC
A
A
A

PEMAIN naturalisasi Kedah Darul Aman (KDA) FC, Lee Tuck yakin kelab itu akan bangkit pada Pusingan Pertama Piala FA 2023 bertemu Penang FC pada malam Rabu.

Tiga mata wajib diperoleh oleh Sang Kenari di laman sendiri terutamanya membalas kembali pengorbanan penyokong setia mereka yang terus hadir ke Stadium Darul Aman untuk memberikan sokongan.

Menurutnya, tewas mengejut 0-1 kepada PDRM di peringkat Liga Super 2023 pada Sabtu jelas mengecewakan semua pemain KDA FC namun semua pemain perlu segera melupakan kekalahan tersebut.

"Itu bukan keputusan yang kami mahukan. Memang kami kecewa dengan keputusan tersebut dan kadangkala kita terpaksa terima hakikat kekalahan dan kita perlu belajar dari pengalaman ini.

"Saya yakin kami akan bangkit dengan lebih kuat. Kami perlu memperbaiki keadaan dan kami sedang fokus untuk terus memperbaiki keupayaan kami pada latihan sekarang ini.

"Penyokong telah beri segalanya dan mereka berkorban untuk hadir ke stadium dari serata tempat dan kami wajib tunjukkan kepada mereka apa yang terbaik yang kami boleh lakukan untuk mereka dan kelab," katanya mengulas kekalahan mengejut kepada The Cops pada Sabtu lalu.

Jelas Penolong Ketua Pasukan KDA FC itu, semua pemain mahu melupakan kekalahan tersebut dan terus pandang ke depan.

"Saya pasti perlawanan seterusnya kami akan hadir dengan semangat juang untuk membuktikan kemampuan kami.

"Satu perjalanan liga yang panjang namun keazaman kami tetap tinggi dan kami mahu membuktikan kebangkitan kembali dengan pertemuan menentang Penang FC Rabu ini," ujarnya lagi.