MR D.I.Y. dinobat Rakan Kongsi Korporat Cemerlang 2022

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MR D.I.Y., Adrian Ong
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MR D.I.Y., Adrian Ong
A
A
A

SHAH ALAM - Universiti Malaya (UM) menganugerahkan Anugerah Rakan Kongsi Cemerlang 2022 kepada Kumpulan MR D.I.Y (M) Berhad (MR D.I.Y.) sebagai menghargai sokongan dan sumbangan berterusan peruncit tersebut kepada universiti dan komunitinya.

MR D.I.Y. ialah penerima tunggal bagi kategori Anugerah Rakan Kongsi Korporat Cemerlang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MR D.I.Y., Adrian Ong berkata, MR D.I.Y. mahu membina sebuah perniagaan yang mampan dan memberi impak positif kepada masyarakat.

"Pengasas kami, Tan Yu Yeh, merupakan alumni universiti ini dan beliau telah membantu kami untuk memulakan pelbagai program yang memberi manfaat kepada universiti, para pelajar, dan masyarakat dalam pelbagai bidang termasuk memberikan bantuan berkaitan pandemik, bantuan kewangan kepada para pelajar, mempromosikan konsep kelestarian di sekolah-sekolah menengah di seluruh negara, serta menambah baik peralatan dan kemudahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Usaha sama sejak sekian lama dan saling menguntungkan ini adalah sesuatu yang amat kami hargai, dan anugerah ini merupakan pengiktirafan yang membuktikan bahawa usaha kami telah menghasilkan perubahan. Bagi pihak Lembaga Pengarah dan pengurusan Kumpulan MR D.I.Y., terima kasih kami ucapkan kepada UM atas pengiktirafan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr.Mohd Hamdi Abd Shukor berkata, kerjasama UM-MR D.I.Y. adalah contoh usaha sama universiti-industri yang cemerlang dengan impak yang meluas, menjangkau jauh melangkaui komuniti universiti.

Toh Puan Dr Aisyah (tengah) menyampaikan Anugerah Rakan Kongsi Cemerlang 2022 kepada Andrian Ong dan disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dr. Shaliza Ibrahim.
Toh Puan Dr Aisyah (tengah) menyampaikan Anugerah Rakan Kongsi Cemerlang 2022 kepada Andrian Ong dan disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dr. Shaliza Ibrahim.

“Pelbagai inisiatif telah kami laksanakan bersama dan memberi impak positif kepada para pelajar, komuniti pengajar, hospital pengajar kami iaitu PPUM serta murid-murid di sekolah menengah di seluruh negara yang merupakan tunjang masa hadapan universiti ini dan negara kita,” katanya.

“Sokongan mereka sangat konsisten, pelbagai, dan amat berharga, dan inilah sebabnya kami berbesar hati untuk memilih MR D.I.Y. sebagai 'Rakan Kongsi Korporat Cemerlang UM'. Komuniti Universiti Malaya berterima terima kasih atas segala yang telah dilakukan,” katanya.

Program Anugerah Kecemerlangan Universiti Malaya dilancarkan pada tahun 2009 merupakan program anugerah tahunan yang dicipta untuk mengiktiraf kakitangan universiti dan organisasi-organisasi korporat yang telah menyumbang kepada universiti tersebut sehingga meraih kecemerlangan.

Dalam edisi 2022 ini, program anugerah itu mengiktiraf seramai 56 ahli akademik, kakitangan dan fakulti UM, serta tokoh awam dan organisasi korporat dalam 45 kategori.

Anugerah-anugerah tersebut telah disampaikan oleh Canselor Universiti Malaya, Sultan Perak, Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah dan Pro Canselor universiti, Toh Puan Dr. Aishah Ong dan Tan Sri Ramli Ngah Talib.