Sila log masuk terlebih dahulu.

JAIS kesal 'posting' batal ceramah agama undang persepsi buruk

06 Mac 2023 | TikTok
A
A
A
BULETIN TIKTOK 6 MAC 2023

Semalam, kecoh dua ceramah melibatkan penceramah bebas, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub di Selangor pada 10 dan 11 Mac ini dibatalkan.

Menerusi posting yang dikongsikan Facebook rasmi Ustaz Wadi Annuar yang memaklumkan pembatalan dua majlis ilmu terbabit yang bertempat di Selangor di Majlis Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam dan Padang Astaka Tanjung Karang, Selangor.

Hari ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menegaskan bahawa nasihat yang diberikan kepada pihak penganjur sesi ceramah ustaz Mohamad Wadi Annuar adalah selaras dengan ketetapan Seksyen 118, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shazihan Ahmad berkata, ia telah mewujudkan persepsi tidak baik terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, pihak berkuasa agama dan kerajaan negeri Selangor.

Artikel: https://bit.ly/3L1ZXSE

Muzik: Artlist.co

#BuletinTikTok #SinarHarian