Ulang tahun perkahwinan diraja ke-37 Agong, Raja Permaisuri

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menyambut ulang tahun perkahwinan diraja yang ke-37 hari ini. - Foto Facebook Istana Negara
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menyambut ulang tahun perkahwinan diraja yang ke-37 hari ini. - Foto Facebook Istana Negara
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyambut ulang tahun perkahwinan diraja yang ke-37 hari ini.

Facebook Istana Negara hari ini merafak sembah ucapan tahniah kepada Seri Paduka berdua sempena ulang tahun perkahwinan diraja menerusi satu hantaran.

Hantaran berkenaan turut berkongsi 10 keping gambar Seri Paduka berdua dengan pelbagai aktiviti bersama termasuk bermain golf, memancing dan berangkat ke majlis rasmi.

Hantaran tersebut turut dikongsi netizen yang memberikan ucapan tahniah diiringi doa semoga pasangan diraja berkenaan kekal bahagia.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah bernikah 6 Mac 1986 di Masjid Abu Bakar, Johor Bahru.

Seri Paduka berdua dikurniakan empat putera dan lima puteri. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!