130 kejadian bencana di Johor, Pahang, Negeri Sembilan

Gambar hiasan - Foto fail Bernama
Gambar hiasan - Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan 130 kejadian bencana dikesan di Johor, Pahang dan Negeri Sembilan setakat 10 pagi tadi.

JKR dalam kenyataan hari ini memaklumkan, 98 daripadanya adalah bencana banjir, cerun runtuh (21), jalan mendap (enam), jalan runtuh (empat) dan satu jambatan runtuh ataupun rosak.

"Sebanyak 94 kejadian bencana berlaku di Johor, Pahang (29) dan Negeri Sembilan (tujuh),” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada tengah hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sarawak hingga esok.

Ia melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kanowit, Tanjung Manis, Daro dan Matu. - Bernama