F1: Verstappen tempah petak depan di Bahrain

Verstappen meraih petak depan dalam saingan pembuka tirai F1 di Litar Sakhir pada Ahad. - Foto EPA
Verstappen meraih petak depan dalam saingan pembuka tirai F1 di Litar Sakhir pada Ahad. - Foto EPA
A
A
A

JUARA dunia, Max Verstappen memulakan saingan pembuka tirai Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain dengan pemanduan positif apabila meraih petak depan di Sakhir awal pagi Ahad.

Keputusan tersebut sesuatu yang mengejutkan kerana pelumba Belanda itu tidak pernah menang di Bahrain sejak 10 tahun lalu.

“Kejutan yang bagus dan positif untuk berada di petak depan selepas semua masalah dalam latihan. Jentera perlumbaan kami rasa lebih bagus,” ujar Verstappen.

Pemandu Red Bull itu mengesahkan kedudukan petak pendahulu ke-21 sepanjang kariernya menerusi pemanduan baik pada sesi kelayakan ketiga dan terakhir setelah bergelut dengan keseimbangan pada sesi latihan.

“Permulaan yang mencabar hujung minggu ini. Saya tidak menemui rentak, tapi dalam sesi kelayakan kami berjaya menyatukan yang terbaik.

“Saya sangat gembira berada di petak depan,” ujar pemandu berusia 25 tahun itu.

Ia adalah penguasaan barisan depan pertama Red Bull di Bahrain, litar yang mereka tidak pernah menangi sejak 2013, ketika Sebastian Vettel melakukannya 10 tahun lalu.

“Ia menakjubkan. Saya tidak sabar menantikan esok (Isnin). Berbanding tahun lalu, semua orang tahu serba sedikit apa yang mereka lakukan terhadap jentera dan menambah prestasinya dengan banyak,” ujar Verstappen.

Menyusul di petak kedua ialah rakan sepasukan Verstappen, S. Perez, manakala pemandu petak depan musim lepas, Charles Leclerc ketiga bersama Ferrari di petak ketiga.