Polis kesan pemandu Toyota Alphard masuk laluan motosikal

Video tular yang memaparkan sebuah kenderaan Toyota Alphard masuk laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan di sini, pada Sabtu.
Video tular yang memaparkan sebuah kenderaan Toyota Alphard masuk laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan di sini, pada Sabtu.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis sedang mengesan pemandu sebuah sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard yang memandu di laluan motosikal dalam video tular dipercayai dirakam di Lebuhraya Persekutuan, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam kejadian kejadian pada jam 10.30 malam itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya telah terkesan satu video berdurasi 25 saat tular di aplikasi WhatsApp.

"Video tersebut memaparkan kenderaan itu dipandu di lorong motosikal Lebuhraya Persekutuan di sini menghala Kuala Lumpur berhampiran Amcorp Mall," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, satu laporan polis telah diterima manakala kertas siasatan juga turut dibuka bersabit kes berkenaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987, pemilik atau pemandu kereta untuk tampil membantu siasatan.

"Saksi yang melihat kejadian tersebut juga boleh tampil di balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Hafeez Faesal A Aziz di talian 011-32311232 bagi membantu siasatan," katanya.