Lima maut letupan di loji oksigen Bangladesh

Impak kemusnahan letupan di loji oksigen di luar bandar pelabuhan Chittagong. - Foto AFP
Impak kemusnahan letupan di loji oksigen di luar bandar pelabuhan Chittagong. - Foto AFP
A
A
A

DHAKA - Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dalam satu letupan di loji oksigen di luar bandar pelabuhan Chittagong, Bangladesh pada Sabtu.

Letupan itu menggegarkan unit oksigen kilang Sheema di bandar perindustrian Sitakunda kira-kira jam 4.30 petang (waktu tempatan) menyebabkan ramai pekerja terperangkap.

Pentadbir daerah Mohammad Fakhruzzaman memberitahu AFP sekurang-kurangnya 25 orang lagi cedera dalam letupan itu.

Saksi Muslim Uddin berkata letupan itu “sangat kuat dan dahsyat” sehingga menggegarkan semua rumah kediaman di kawasan itu.

“Cermin di banyak rumah pecah. Seluruh kawasan menjadi gelap,” katanya kepada AFP.

Kerajaan mengarahkan siasatan terhadap letupan itu.

Letupan industri dan kebakaran sering berlaku di Bangladesh susulan kelemahan penguatkuasaan keselamatan oleh pihak berkuasa kilang.

Pada Jun tahun lalu, kebakaran dan letupan di sebuah depoh kontena di bandar perindustrian yang sama menyebabkan lebih 50 orang terkorban. – AFP