Kuala Lumpur Park Festival 2023

A
A
A
Orang ramai tidak melepaskan peluang cuti hujung minggu membawa ahli keluarga beriadah di Kuala Lumpur Park Festival 2023 (KL Park Festival 2023), di Taman Tasik Titiwangsa, hari ini.

KL Park Festival 2023 bertemakan 'Laman Seni dan Flora Malaysia' mempertontonkan pelbagai bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan rasmi bandar-bandar di seluruh negara, yang dipersembahkan dalam bentuk laman berunsurkan seni dan berlangsung bermula hari ini sehingga 12 Mac ini.

--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA