ILS perlu diselesai secara rundingan

Anthony Loke Siew Fook
Anthony Loke Siew Fook
A
A
A
SEPANG - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Malaysia berpendirian untuk menyelesaikan isu melibatkan rancangan Singapura untuk memperkenalkan Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) secara bersama dengan negara terbabit.

Anthony berkata ianya wajar diselesaikan secara rundingan yang dijadualkan pada Januari depan.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan balas negara jiran itu.

“Enough said about that issue. Saya rasa, biarkan kedua-dua negara duduk berbincang dan berunding mengenai isu berkenaan,” katanya kepada media selepas melancarkan Majlis Pelancaran Perkhidmatan Kebudayaan dan Infrastruktur Mesra Keluarga dan Warga Emas di Tingkat 3A, Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Kementerian Pengangkutan pada semalam, menerbitkan sebuah video untuk menjelaskan mengapa kerajaan membantah protokol pendaratan baru pesawat di Lapangan Terbang Seletar, Singapura.
Artikel Berkaitan:


Isu berkenaan timbul apabila lapangan Terbang Seletar berkeras untuk melaksanakan berkenaan yang akan membolehkan pesawat terbang dengan selamat walaupun dengan jarak penglihatan yang kurang baik.