Sila log masuk terlebih dahulu.

Terengganu larang pemimpin, aktivis politik beri ceramah di masjid

03 Mac 2023 | TikTok
A
A
A
BULETIN TIKTOK 3 MAC 2023

Semua pemimpin dan aktivis politik di Terengganu tidak dibenarkan menggunakan masjid serta surau bagi menyampaikan ceramah atau mengadakan sebarang aktiviti berunsur politik kepartian di Terengganu.

Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, ia dibuat setelah mendapat perkenan daripada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Jelas beliau, Sultan Mizan telah menzahirkan rasa dukacita dengan penglibatan segelintir ahli politik yang menyampaikan kuliah, ceramah dan pengajaran agama di masjid dan surau serta bertindak sebagai khatib dan imam solat Jumaat di masjid tanpa kebenaran daripada MAIDAM.

Artikel: https://bit.ly/3ZDng9a

#BeritaSemasa #BuletinTikTok #SinarHarian