KPKT kenal pasti 437 projek perumahan sakit

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memaklumkan sebanyak 437 projek daripada 3,138 projek perumahan swasta berlesen dikategorikan sebagai ‘sakit’ setakat 31 Januari lepas.

Menurut KPKT dalam kenyataan pada Rabu, ia menunjukkan peningkatan berbanding 384 projek perumahan yang direkodkan ‘sakit’ setakat 31 Disember lepas.

"Projek perumahan swasta ‘sakit’ dijangka bertambah sehingga 101 projek menjadikan keseluruhan projek ‘sakit’ bagi tempoh sehingga 31 Disember 2023 sebanyak 538 projek,” menurut kenyataan itu.

Menurut KPKT, projek perumahan swasta yang dikategorikan sebagai lewat pula dijangka meningkat sebanyak 188 projek pada tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 354 projek. - Bernama