Sila log masuk terlebih dahulu.

Taktik ubah suai kenderaan seludup diesel gagal

A
A
A

BERITA SEMASA 1 MAC 2023

Jabatan Kastam Diraja Malaysia mematahkan cubaan menyeludup 1,780 liter minyak diesel menggunakan kenderaan pacuan empat roda diubah suai di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam di Kedah pada 29 Januari lepas, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Sazali Mohamad berkata, bertindak dalam Ops Khas, Cawangan Penguatkuasaan Bukit Kayu Hitam menahan enam kenderaan pacuan empat roda tanpa muatan dipandu warganegara asing antara jam 7 petang hingga 8.30 malam.

Semasa pemeriksaan dilakukan di pintu keluar kenderaan ringan/persendirian (eksport) kompleks itu, kastam mendapati terdapat tangki khas (tambahan) yang dipercayai bermuatan minyak diesel.

Artikel: https://bit.ly/3xX2GoF

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian