Sila log masuk terlebih dahulu.

Wan Fahysal mohon negeri pembangkang tak 'dianaktirikan'

A
A
A
BERITA SEMASA 1 MAC 2023

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad meminta supaya kerajaan tidak menganaktirikan negeri-negeri dibawah pembangkang iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah untuk menyalurkan peruntukan pembangunan.

Menurutnya, kerajaan perlu beri perhatian penuh dari segi perbelanjaan, peruntukan dan pembangunan yang telah diluluskan melalui Rancangan Malaysia Ke-12.

Beliau turut berkata sekiranya kerajaan mengamalkan sikap 'double standard' maka ia secara langsung tidak membantu pembangunan negeri secara keseluruhan.

#BeritaSemasa #DewanRakyat #SinarHarian