Sila log masuk terlebih dahulu.

[WACANA SINAR] Bajet 2023: Buah tangan terindah atau …

01 Mac 2023 | Wacana
A
A
A
[WACANA SINAR] Bajet 2023: Buah tangan terindah atau ...

Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus memperjuangkan usaha mengurangkan kos sara hidup dan menamatkan kemiskinan rakyat.

Ini terbukti melalui inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 dilihat mampu meringankan beban kewangan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dalam berdepan ketidaktentuan global.

Sekaligus, menjelaskan hasil kaji selidik mega sebuah firma penyelidikan bersama lima media arus perdana yang menunjukkan populariti Anwar kekal utuh pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Persoalannya, adakah Belanjawan Madani yang dibentangkan 24 Februari lalu membantu mengukuhkan lagi keyakinan rakyat terhadap kerajaan hari ini atau masih ada yang tercicir?

Ikuti hasil dapatan 100 hari kerajaan perpaduan dalam Wacana Sinar siri 386 ‘Bajet 2023: Buah tangan terindah atau ...’ bersama Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof dan Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr Nazri Khan pada Selasa, 28 Februari 2023, jam 8.30 malam secara eksklusif di media sosial Sinar Harian.

Muzik: Hardway by TURPAK

#WacanaSinar

#SinarUntukMalaysia

#SinarHarian