Saya tak akan bertanding PRN - Wan Saiful

Wan Saiful (kanan) ketika Sinar Live bertajuk Wan Saiful Apa Cerita? yang berlangsung di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. -Foto: Rafeq Redzuan
Wan Saiful (kanan) ketika Sinar Live bertajuk Wan Saiful Apa Cerita? yang berlangsung di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. -Foto: Rafeq Redzuan
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mengesahkan beliau tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, fokus utamanya kini tertumpu pada kawasan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Selain itu, beliau turut bertanggungjawab untuk membantu Perikatan Nasional (PN) memperoleh kemenangan dalam PRN.

“Saya rasa tidak (bertanding dalam PRN), cukuplah jadi ahli Parlimen. Nak pulun banyak mana jawatan yang ada?

“Peranan saya ialah untuk membantu memastikan PN akan menang. Saya ada tanggungjawab di dua tempat. Fokus utama ialah Tasek Gelugor dan juga tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya iaitu, Telok Ayer Tawar, Permatang Berangan serta Sungai Dua.

“Saya yakin jika kita betul-betul buat kerja, kita akan menang di ketiga-tiga DUN. Saya juga bertanggungjawab di Selangor sebagai Ketua Bahagian Bersatu Bangi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Sinar Live bertajuk Wan Saiful, Apa Cerita? yang dikendalikan hos, Hazwan Mokhtar dan disiarkan secara langsung di semua platform media sosial Sinar Harian pada Selasa.

Mengulas lanjut mengenai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful yang juga merupakan bekas pengerusi PTPTN memohon agar tidak ada mana-mana pihak cuba mempolitikkan isu berbangkit yang melibatkan badan itu.

“Saya agak sensitif sedikit apabila komen mengenai PTPTN kerana antara perkara yang saya betul-betul cuba buat semasa di sana ialah berjumpa dengan semua orang, baik kerajaan atau pembangkang pada masa itu.

“Saya mohon dan rayu janganlah dipolitikkan isu ini sebab jumlah liabiliti yang ditanggung adalah satu jumlah yang amat besar dan ia boleh memberi kesan kepada ekonomi negara dan masa depan anak bangsa kita.

“Jadi biar kita bahas secara rasional. Jadi saya minta orang lain tak politikkan. Saya pun tidak mahu beri komen berbentuk politik menggunakan PTPTN hari ini sebab itu janji saya masa tinggalkan PTPTN dulu,” ujarnya yang juga merupakan