Dua lagi stesen minyak tanpa subsidi bakal beroperasi

Salahuddin
Salahuddin
A
A
A

PUTRAJAYA - Dua lagi stesen minyak tanpa subsidi bakal beroperasi di sempadan negara dalam tempoh enam bulan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, langkah itu merupakan salah satu usaha kerajaan menangani ketirisan subsidi negara.

Menurutnya, setakat ini terdapat dua stesen minyak tanpa subsidi yang telah beroperasi di sempadan Malaysia-Thailand iaitu Wang Kelian dan Padang Besar, Perlis.

"Nampaknya sambutan semakin baik, sewaktu saya berada di Padang Besar minggu lepas, harga RON95 tanpa subsidi adalah RM3.35 manakala harga di Thailand pula RM5.25," katanya.