Pengusaha daun nipah

A
A
A
Cikku Fatimah Abdullah, 78, menjemur daun nipah untuk menghasilkan daun rokok ketika tinjauan di Kampung Wakaf Pak Ya hari ini.

Bagi sebilangan kecil penduduk terutama kaum wanita di sini menjadikan daun nipah itu sebagai pendapatan sampingan mereka sejak beberapa dekad yang lalu.

Beliau membuat daun rokok dan meneruskan usaha tersebut bagi memenuhi permintaan yang masih tinggi.

Pokok nipah yang juga dikenali dengan saintifik 'nypa frunticans' mampu menghasilkan pelbagai barangan seperti ayaman, daun rokok, lidi, atap dan air nira yang boleh memberi sumber rezeki bagi mereka yang berminat mengusahakannya.