CUCKOO terima dua anugerah berprestij Putra Brand Award 2022

Diiktiraf sebagai pilihan utama rakyat Malaysia bagi solusi kediaman sihat

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, KC Hoe (kanan) menerima anugerah gangsa bagi kategori Peralatan Peribadi, Isi Rumah dan Luar yang juga merupakan kemenangan pertama syarikat di Putra Brand Awards.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, KC Hoe (kanan) menerima anugerah gangsa bagi kategori Peralatan Peribadi, Isi Rumah dan Luar yang juga merupakan kemenangan pertama syarikat di Putra Brand Awards.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Usaha berterusan jenama Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator), CUCKOO International (MAL) Sdn. Bhd. (CUCKOO International) untuk membantu ramai orang memiliki kediaman lebih sihat telah berjaya mendapat keyakinan Rakyat Malaysia dengan kemenangan dua anugerah berprestij yang diundi oleh pengguna Malaysia.

Pada majlis anugerah yang diadakan baru-baru ini, CUCKOO International telah berjaya merangkul anugerah gangsa bagi kategori Peralatan Peribadi, Isi Rumah dan Luar(Personal, Household &Outdoor Appliances)di Putra Brand Awards 2022 dan anugerah perak bagi kategori Produk &Kedai Pembaikan Rumah(Home Improvement Products &Stores) di Putra Aria Brand Awards 2022.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, KC Hoe, dalam satu kenyataan baru-baru ini merakamkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang terus mempercayai dan menyakini produk dan servis mereka.

"Kemenangan kedua-dua anugerah ini amat bermakna bagi kami kerana pencapaian ini mencerminkan kepercayaan anda dalam usaha kami untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk menjadi #SAMASAMAHealthier atau lebih sihat dengan memiliki kediaman yang lebih sihat.

"Sebagai jenama Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator) terunggul di Malaysia, CUCKOO International sentiasa berusaha untuk mengatasi segala cabaran supaya dapat mencipta pengalaman yang melangkaui batasan (Beyond Standards)dan memperkenalkan solusi-solusi berinovasi yang memberi fokus kepada kesejahteraan seseorang.

"Usaha inilah yang bukan sahaja membolehkan kami menerima 97 peratus tahap kepuasan pelanggan dalam tinjaun pelanggan yang dibuat baru-baru ini, tetapi ia juga membolehkan kami untuk meraih kemenangan Putra Brand Awards pertama kami dalam masa lapan tahun dan kemenangan di Putra Aria Brand Awards yang diadakan pada julung kali ini," katanya.

Ketua Pegawai Pemasaran CUCKOO International, Queenie Goh (tengah) meraihkan kemenangan anugerah perak bagi kategori Produk & Kedai Pembaikan Rumah di Putra Aria Brand Awards 2022 bersama pasukannya.
Ketua Pegawai Pemasaran CUCKOO International, Queenie Goh (tengah) meraihkan kemenangan anugerah perak bagi kategori Produk & Kedai Pembaikan Rumah di Putra Aria Brand Awards 2022 bersama pasukannya.

Ujar beliau, CUCKOO International telah berjaya merekodkan pertumbuhan yang pesat sejak penubuhannya di Malaysia.

"Dalam tempoh lapan tahun yang singkat, CUCKOO International telah berkembang daripada sebuah syarikat penapis air untuk menjadi jenama Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator) terunggul di Malaysia dengan adanya rangkaian solusi Kediaman Sihat yang lengkap dan menyentuh pelbagai aspek kehidupan sihat pelanggan kami," jelasnya.

KC Hoe berkata, selain daripada produk-produk berinovasi yang melangkaui batasan (Beyond Standards), pertumbuhan pesat CUCKOO International juga didorong oleh pelan sewaan CUCKOO (CUCKOO Rental Plans) yang bukan sahaja berinovasi, tetapi membolehkan tawarannya mampu diakses dan dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.

"Strategi kami untuk membantu menerapkan kesihatan ke dalam isi rumah di Malaysia dengan tawaran-tawaran yang mampu milik dan senang diakses telah membuahkan hasil. Strategi inilah yang telah membantu kami berkembang menjadi sebuah jenama isi rumah popular dan mempunyai lebih 1.5 juta pelanggan Malaysia.

"Saya yakin bahawa kemenangan dua anugerah ini juga akan mendorong kami untuk terus ke hadapan ke arah ulang tahun ke-10 yang gemilang tahun depan dan meningkatkan lagi tahap kecemerlangan dengan penawaran solusi Kediaman Sihat yang lebih holistik kepada rakyat Malaysia selaras dengan janji Beyond Standardskami," katanya.

Putra Brand Awards yang juga dikenali sebagai Anugerah Pilihan Rakyat dan Putra Aria Brand Awards yang diadakan pada julang kali merupakan anugerah anjuran Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) untuk mengiktiraf jenama yang paling dekat di hati rakyat Malaysia.

Kedua-dua anugerah ini mendapat pengesahan daripada MATRADE sebagai Rakan Kongsi Penyokong Jenama (Brand Champion Partner)dan disokong oleh Persatuan Pengiklanan Malaysia (MAA), Persatuan Pakar Media (MSA) dan Persatuan Digital Malaysia (MDA).

Pemenang-pemenang Putra Brand Awards dan Putra Aria Brand Awards merupakan jenama-jenama pilihan utama yang diundi oleh pengguna Malaysia.

Pada tahun 2022, lebih 25,000 undian telah diterima dalam tempoh lapan minggu dari akhir September hingga pertengahan November daripada pengguna-pengguna yang dijemput untuk menyertai tinjauan jenama yang diterbitkan di 60 laman web.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!