Wai Ching tawan Scale the Strat di Las Vegas

Wai Ching mengungguli perlumbaan menaiki anak tangga menara Scale the Strat di Las Vegas, Nevada, AS pada Ahad. - Foto Facebook Soh Wai Ching
Wai Ching mengungguli perlumbaan menaiki anak tangga menara Scale the Strat di Las Vegas, Nevada, AS pada Ahad. - Foto Facebook Soh Wai Ching
A
A
A

PELARI menara nombor satu negara, Soh Wai Ching meneruskan pencapaian luar biasanya apabila mengungguli perlumbaan menaiki anak tangga bangunan menara Scale the Strat di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.

Lebih manis, Wai Ching melakukan larian 108 tingkat melibatkan 1,455 anak tangga (ketinggian 260 meter) dalam masa enam minit 46 saat (s) sekali gus menyamai rekod terdahulu yang dicatatkan pelari menara dari Mexico, Alexis Trujillo pada 2020.

Wai Ching bertekad untuk kembali menawan menara Scale the Strat di Las Vegas, Nevada, AS tahun depan. - Foto Facebook Soh Wai Ching
Wai Ching bertekad untuk kembali menawan menara Scale the Strat di Las Vegas, Nevada, AS tahun depan. - Foto Facebook Soh Wai Ching

Keputusan diraih Wai Ching itu turut mengulangi pencapaian sama dilakukannya pada Februari tahun lepas, namun ketika itu beliau menamatkan perlumbaan dengan catatan 6:57s.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing diraih dua atlet tuan rumah, Mark Ewell yang menamatkan larian dengan catatan masa 8:42s serta Mark Henderson dengan catatan 8:54s.

"Saya akan kembali dengan sasaran 6.30s tahun depan!" kata Wai Ching menerusi hantaran di laman rasmi Facebooknya. - Bernama