Pembangkang saran kerajaan wujudkan jabatan warga emas

Hamzah ketika membahaskan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, di sini pada Isnin.
Hamzah ketika membahaskan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, di sini pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Pembangkang menyarankan kerajaan agar mewujudkan jabatan warga emas sebagai persediaan jangka panjang menghadapi Malaysia sebagai negara tua.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara berkenaan sebelum ini telah dirancang oleh Perikatan Nasional (PN) sebelum pilihan raya lagi.

Justeru menurutnya, kerajaan wajar mempertimbangkan cadangan berkenaan demi kebaikan masa depan.

“Sekarang dah ada jabatan kanak-kanak, jadi kita tekankan juga jabatan warga emas. Daripada situ kita boleh bantu mereka daripada segi pendapatan.

“Umur 60 ke 65 tahun masih segak dan kuat, jadi mereka boleh jadi kumpulan yang boleh digunakan (sebagai tenaga kerja sesuai).

“Kita ada perincian baru untuk kita tentukan ‘work force’ apa lagi yang boleh gunakan mereka ini,”kata ketika membahaskan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, Hamzah (PN-Larut) berkata, susulan cadangan itu juga, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mempertimbangkan peruntukan khusus untuk menggerakkan fungsi jabatan berkenaan.

“Minta pada Tambun (Anwar) peruntukan-peruntukan yang sesuai untuk jabatan ini memikirkan tanggungjawab mereka bersama.

“Model kita nak berikan adalah model yang baik, boleh digunakan akhirnya bukan dalam Malaysia tapi negara luar juga boleh lihat cara kita benar-benar kerajaan Madani seperti diwar-warkan.