Deretan enam rumah terjejas dalam kebakaran

Pasukan bomba mengawal kebakaran dari terus merebak.
Pasukan bomba mengawal kebakaran dari terus merebak.
A
A
A

SABAK BERNAM - Enam deretan rumah terjejas dalam satu kebakaran dilaporkan berlaku di Jalan Melor Taman Pertama di sini pada Ahad.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, laporan kejadian diterima pada jam 1.58 petang yang api bermula dari sebuah rumah teres dua tingkat berkeluasan 1,200 kaki persegi.

Menurutnya, kebakaran berlaku membabitkan bahagian bilik di tingkat atas yang terbakar 40 peratus.

"Ketika kejadian, api merebak dari bahagian bumbung dan telah merebak ke lima rumah lain.

" Api berjaya dikawal pada jam 2.15 petang dan tamat jam 3.44 petang, " katanya.

Ujarnya, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.