Sasar jualan 200,000 minyak wangi SAMTILLA

Rakan Kongsi SAMTILLA Group Sdn Bhd (dari kiri Syatilla, Shaheizy, Mts Qairy dan Aily Aainaa Aisha). FOTO: SINAR HARIAN/ HALIM WAHID
Rakan Kongsi SAMTILLA Group Sdn Bhd (dari kiri Syatilla, Shaheizy, Mts Qairy dan Aily Aainaa Aisha). FOTO: SINAR HARIAN/ HALIM WAHID
A
A
A

KUALA LUMPUR – Jenama minyak wangi SAMTILLA keluaran SAMTILLA HQ mensasarkan jualan permulaan 200,000 unit produk berkenaan bernilai RM9.8 juta.

Berkonsepkan kualiti wangian lima bintang pada pada harga marhaen, produk yang dijenamakan oleh pasangan pelakon dan juga selebriti Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin kini bakal menembusi pasaran Brunei dan Singapura.

Malah pencapaian mereka dalam bisnes minyak wangi ini semakin menyerlah apabila berjaya membuka cawangan pengedar di Brunei, Johor, Kelantan dan Selangor.

“Terbaharu kita juga merancang untuk memasuki pasaran Singapura dalam waktu terdekat,” katanya

Bersama sebahagian usahawan wangian SAMTILLA yang hadir.
Bersama sebahagian usahawan wangian SAMTILLA yang hadir.

Shaheizy menambah, bukan mudah untuk mengekalkan momentum pencapaian perniagaannya tanpa bantuan daripada pengasas bersama produk itu iaitu Mts Qairy Maheran.

“Ini satu permulaan baik kerana saya mengenali Mts Qairy Maheran dan beliau amat berpengalaman dalam seelok-belok dunia perniagaan.

“Saya yakin tanpa usaha beliau dan juga pasukan, jenama ini kian mendapat sambutan baik masyarakat tempatan negara ini,” katanya ketika pelancaran produk berkenaan di Shah Alam pada Jumaat.

Pelancaran wangian SAMTILLA meriah dengan kehadiran usahawan seluruh negara termasuk dari Brunei dan Singapura.
Pelancaran wangian SAMTILLA meriah dengan kehadiran usahawan seluruh negara termasuk dari Brunei dan Singapura.

Shaheizy berkata, SAMTILLA HQ juga merancang untuk membimbing 100,000 usahawan yang bergabung dengan SAMTILLA Circle menjelang 2025.

“Platform SAMTILLA bukan sekadar boleh mendapat pendapatan malah ia juga mampu melahirkan usahawan berjaya, sebab itu saya yakin untuk bekerjasama dengan Mts Qairy Maheran,” katanya.

Sementara itu Qairy yang merupakan pengasas bersama produk berkenaan berkata buat masa ini pihaknya berbesar hati kerana dapat bersama pasangan selebriti itu merintis sebuah perniagaan yang akan menjadi sebuah fenomena.

“Sasaran pada 2025 kita nak jadi pengedar wangian nombor satu di malaysia dan tahun hadapan kita akan ada sekurang-kurangnya 10 jutawan SAMTILLA.

“Setiap bulan kita akan juga akan produk baru sebab sekarang semua orang berusaha cari pendapatan tambahan dan kami juga tidak akan putus untuk bantu mereka dapatkan rezeki itu,” katanya.

Dalam pada itu Syatilla menegaskan bahawa bisnes SAMTILLA bukan produk ‘hit and run’ seperti yang pernah berlaku membabitkan artis lain sebelum ini.

“Dengan pakej bermula RM78 untuk dropship, mereka akan dapat dua minyak wangi dalam satu kotak (lelaki dan perempuan).

“Bila nak jual perfume kita kena jujur untuk jual. Untuk dropship akan dapat dua minyak wangi SAMTILLA mereka boleh terangkan kepada pelanggan bau wangian hasil testimoni sendiri.

“Jadi RM78 sudah boleh untung RM10 dan tak perlu simpan stok,” jelasnya.

Tambahnya, SAMTILLA hq akan proses semua tempahan dan pos pada pelanggan dan sebab kita ada perjanjian persefahaman (MoU) dengan Pos Malaysia.

“Diharapkan dengan insiatif dan sokongan daripada SAMTILLA HQ, usahawan yang bergabung dalam SAMTILLA Circle akan terus berkembang dan mencapai kejayaan.

"Kami masih membuka kepada mereka yang ingin menjadi pengedar di Singapura, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang,Kedah, Pahang dan Perlis," katanya

Mereka yang ingin menyertai rangkaian SAMTILLA CIRCLE boleh mendaftar di laman web www.samtilla.com (Facebook, Instagram, TikTok) atau hubungi talian hotline 0197000370.