Sambut baik penyertaan Mas Ermieyati

MELAKA - Bersatu Melaka menyambut baik penyertaan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin ke dalam parti itu.
Pengerusi Bersatu negeri, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, kebolehan yang ada pada Mas Ermieyati diharap dapat membantu kerajaan hari ini dalam membela nasib golongan terpinggir terutama masyarakat Melayu.
"Dia seorang pemimpin ada berkebolehan dan memahami apa yang harus dilakukan oleh kerajaan serta amat peka tentang pembangunan rakyat terpinggir terutamanya bangsa Melayu."Dia mahu bersama dengan pergerakan-pergerakan yang menjuarai hala tuju perjuangan untuk memastikan peringkat-peringkat golongan terpinggir ini terbela sama dengan hala tuju dibawa oleh parti Bersatu dan kerajaan PH yang baharu.
"Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan," katanya.
Hari ini anggota Parlimen Masjid Tanah dan juga bekas Ketua Pergerakan Puteri Umno itu mengumumkan menyertai Bersatu.
Di dalam kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook, pemimpin itu berkata, penyertaannya ke dalam parti itu dibuat atas dasar mahukan yang terbaik untuk pengundi Masjid Tanah dan sentiasa mencari solusi yang lebih berkesan dalam membela kepentingan mereka.
PRN Sarawak: DAP bertanding tujuh kerusi di Kuching, Bau
PRN Melaka: Dr Asmah mahu dikenali atas kemampuan sendiri, bukan kerana suami wakil rakyat
Tiga calon DUN Bandar Hilir 'bertembung' di pasar malam
Jangan perlekeh, hina agenda CSA - Bersatu Pahang
'Niat ke klinik hanya mahu MC, sekali disahkan kanser tahap tiga'
MPV dinaiki empat sekeluarga dihempap lori tar, dua maut
Penyampai radio, DJ Akhiey meninggal dunia ketika dapat rawatan di hospital
Suami orang, rakan sekerja dicekup berkhalwat di resort
