Operasi pemadaman di Tanjung Bin Power Plant masih diteruskan

Kebakaran di Tanjung Bin.
Kebakaran di Tanjung Bin.
A
A
A

PONTIAN - Pasukan bomba dan penyelamat masih menjalankan operasi pemadaman di lokasi kebakaran di Tanjung Bin Powerplant di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat JBPM Johor, Pengusa Kanan Bomba I, R Saiful Iswandy R Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 6.26 pagi.

Katanya, operasi melibatkan 17 anggota bomba dan tiga jentera dari Balai Bomba Pontian Baru, Balai Bomba Pontian dan Balai Bomba Pekan Nanas.

No Image Caption

Tambahnya, operasi pemadaman turut dibantu 14 anggota dan sebuah jentera Pasukan Bertindak Kecemasan (ERT) Malakoff T4 dan ERT Petrokimia.

"Kebakaran melibatkan tempat memproses arang batu iaitu conveyor sepanjang 200 meter.

"Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: