Tiub pernafasan Ainul Mardhiah ditanggal

Keadaan terkini Ainul Mardhiah selepas tiub pernafasan ditanggalkan dari leher. - Foto Facebook Ahmad Safiuddin
Keadaan terkini Ainul Mardhiah selepas tiub pernafasan ditanggalkan dari leher. - Foto Facebook Ahmad Safiuddin
A
A
A

SHAH ALAM - "Macam ini rupanya anak walid bila tak ada tiub di leher, Alhamdulillah."

Demikian luahan Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 28, apabila kali pertama melihat anak perempuannya, Ainul Mardhiah tanpa tiub pernafasan di leher.

Menerusi hantaran di laman Facebook pada Sabtu, Ahmad Safiuddin turut memaklumkan bayinya itu masih dalam pemantauan pihak hospital.

"Masih dalam mod pemantauan. Isnin ini akan buat beberapa prosedur untuk double confirm (pengesahan) sama ada boleh cabut (tiub) terus atau tidak.

"Tetapi buat masa ini, sudah sembilan jam Ainul tanpa trachy (tiub). Malam ini walid 'overtime' tak tidur duduk sebelah tengok Ainul ok atau tidak," katanya.

Sebelum ini Ainul Mardhiah yang dikesan menghidap kanser Germ Cell Tumor sejak lahir menjalani pembedahan membuang tumor seberat 200 gram di United Kingdom pada 2019 dengan bantuan Dr Nur Amalina Che Bakri.

Menurut Ahmad Safiuddin, selepas lebih 30 minit tiub pernafasan anak perempuannya dibuka, saturasi oksigen mencapai 96 hingga 100 peratus.

"Nampak macam Ainul tengah nak balancekan (seimbangkan) pernafasan dia dari lubang ke hidung.

"Menggigil juga nak cabut sendiri, walaupun sepanjang lima tahun ini memang kami berdua yang buat penukaran tiub setiap dua minggu.

"Tetapi masa buat di rumah, lepas cabut yang lama (untuk cuci) dalam masa tiga saat kami terus masukkan yang baharu. Jadi memang tidak pernah nampak Ainul macam sekarang (tanpa tiub)," katanya.

.