Menu Rahmah diperluas ke Parlimen

Fahmi ketika sidang akhbar di bilik media Parlimen pada Khamis.
Fahmi ketika sidang akhbar di bilik media Parlimen pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menu Rahmah yang menawarkan menu hidangan lengkap dengan harga serendah RM5 dijangka diperluaskan ke Parlimen.

Menteri Komunikasi dan Gigital, Fahmi Fadzil berkata, beliau melihat permintaan bagi mewujudkan menu Rahmah di Parlimen adalah wajar.

"Saya mendapat permintaan agar menu Rahmah dipanjangkan ke Parlimen dan saya lihat ada keperluan.

"Parlimen adalah tempat rakyat datang dan juga media, tapi tiada harga rakyat.

"Bukan bidang kuasa saya, tapi saya lihat ada kewajarannya," katanya ketika sidang akhbar di Parlimen pada Khamis.

Menu Rahmah adalah inisiatif diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang digerakkan oleh peniaga (Private Driven Initiative) dan dilakukan secara sukarela bagi menangani cabaran kos sara hidup.

Sementara itu, Fahmi menyarankan agar ahli-ahli Parlimen memanfaatkan dua ruang sidang media yang disediakan bagi sesi kali ini.

"Ada dua tempat untuk sidang media iaitu di bilik media dan juga lobi Dewan Rakyat.

"Sidang media dihadkan untuk ahli-ahli Parlimen sahaja,"katanya.