Dua MP ditegur tak fokus dalam Dewan Rakyat

Guan Eng (kiri) dan Awang ditegur ketika sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada persidangan Parlimen pada Rabu.
Guan Eng (kiri) dan Awang ditegur ketika sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada persidangan Parlimen pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor menegur tindakan dua ahli Dewan Rakyat yang tidak memberi tumpuan ketika sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada persidangan Parlimen pada Rabu.

Teguran dibuat ketika P Prabakaran (PH-Batu) bertanya soalan kepada Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Beliau telah meminta Prabakaran untuk berhenti bertanya dan duduk seketika sebelum menegur Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) dan Lim Guan Eng (PH-Bagan).

"Yang berhormat Batu duduk sekejap. YB Pendang, YB Bagan, ada mesyuarat ke dalam ni?

"Jika mustahak minta bincang di luar. Kita beri perhatian kepada Batu," katanya.

Sesi berkenaan kemudiannya bersambung apabila Ramli mengarahkan Prabakaran meneruskan soalan kepada Fahmi.