Hishammuddin selesaikan tiga isu LCS sebelum tamatkan tugas

Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika sesi perbahasan Titah Yang Dipertuan Agong pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika sesi perbahasan Titah Yang Dipertuan Agong pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendedahkan tiga isu berkaitan projek kapal tempur pesisir (LCS) 'diselesaikan' sebelum beliau menamatkan tugas di kementerian berkenaan.

Jelasnya, tiga perkara itu bagi memastikan projek LCS diteruskan, pihak yang salah dibawa ke muka pengadilan dan menghidupkan semula pelan mobilisasi kapal berkenaan.

"Pertama, saya pastikan LCS mesti diteruskan selaras dengan keputusan Jemaah Menteri ketika itu.

"Kedua, pihak yang salah tetap salah dan mesti dihadapkan ke muka pengadilan dan ketiga adalah pelan mobilisasi untuk menghidupkan semula LCS," katanya ketika membahaskan Usul Titah Diraja di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong dalam masa sama turut meminta Kerajaan Perpaduan menjelaskan status terkini perolehan LCS.

Katanya, bukan sahaja beliau ingin memgetahuinya, malah rakyat juga turut mengharapkan perkara sama.

"Apakah garis masa untuk menyelesaikan binaan kapal LCS pertama. Adakah tempoh setahun dua ini masih kekal atau sebaliknya," katanya.