Pembantu ahli Parlimen diarah keluar

Pembantu kepada seorang ahli Parlimen diarahkan keluar dari bangunan Parlimen pada Isnin kerana melanggar etika pemakaian yang telah ditetapkan.
Pembantu kepada seorang ahli Parlimen diarahkan keluar dari bangunan Parlimen pada Isnin kerana melanggar etika pemakaian yang telah ditetapkan.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Pembantu kepada seorang ahli Parlimen diarahkan keluar dari bangunan Parlimen pada Isnin kerana melanggar etika pemakaian yang telah ditetapkan.

Wanita berkenaan yang difahamkan kali pertama hadir ke bangunan tersebut dilihat mengenakan sut dengan skirt paras lutut terbelah hingga menampakkan paha.

Wanita yang dipercayai merupakan pembantu kepada ahli Parlimen dari Sarawak itu ditegur oleh Ketua Keselamatan Parlimen sebelum memintanya menukar skirt berkenaan sekiranya mahu kekal berada di bangunan itu.

Beliau yang akur dengan arahan tersebut kemudiannya dilihat beredar keluar dari bangunan Parlimen.

Garis panduan kod etika berpakaian Parlimen Malaysia. - Foto - Foto laman web Parlimen.
Garis panduan kod etika berpakaian Parlimen Malaysia. - Foto - Foto laman web Parlimen.

Mengikut garis panduan Kod Etika Berpakaian Parlimen Malaysia, pegawai wanita perlu memakai gabungan sut yang terdiri daripada kot, kemeja, skirt bawah paras lutut atau skirt labuh mahupun berseluar panjang.

Panduan sama turut menetapkan sut perlu dipakai dengan kemeja lengan panjang yang dibutangkan manakala pilihan warna sut skirt atau seluar panjang digalakkan berwarna hitam atau gelap.

Selain itu, garis panduan berkenaan juga membenarkan pemakaian pakaian kebangsaan atau tradisional seperti baju kurung atau kebaya, sut punjabi, cheongsam dan sari.