Anwar perlu adil kepada semua parti untuk kekal jadi PM

Anwar Ibrahim (Gambar dalam : Ahmad Zaharuddin)
Anwar Ibrahim (Gambar dalam : Ahmad Zaharuddin)
A
A
A

ALOR SETAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berlaku adil terhadap kesemua gabungan parti di bawah Kerajaan Perpaduan bagi memastikan beliau kekal mengetuai kerajaan sehingga tamat penggal.

Penganalisis politik, Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu tidak boleh mengambil sikap memberi keutamaan kepada UMNO biarpun parti itu dilihat lebih dominan berbanding parti lain.

Menurutnya, ini kerana gabungan politik sedia ada yang membentuk Kerajaan Perpaduan bukan berdasarkan suka sama suka, sebaliknya ‘perkahwinan yang diatur’.

“Semua parti yang bergabung dalam Kerajaan Perpaduan harus diberi layanan sama rata, bukan hanya mengutamakan UMNO.