Prestasi Perdana Menteri beri keyakinan pengundi pada PRN

PERMATANG PAUH - Maklum balas positif masyarakat terhadap kepimpinan dan prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dua bulan menerajui negara diharapkan akan terus memberi keyakinan kepada pengundi untuk menyokong kerajaan perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata, melalui kaji selidik yang dijalankan firma tinjauan pendapat awam, Merdeka Center baru-baru ini mendapati 68 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Anwar.
Menurutnya, sokongan rakyat itu perlu diterjemahkan atas kertas undi pada PRN di enam buah negeri yang dijangka diadakan pada pertengahan tahun ini.
"Sudah pasti segala persiapan bagi menghadapi PRN sedang dirangka untuk merancakkan lagi kempen tapi dalam masa sama kita mesti berdepan dengan realiti untuk bersama-sama bagi tumpuan kepada pembangunan negara.