Bantuan guaman kepada mangsa penderaan rumah tangga

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

IPOH - Sokongan bantuan guaman kepada mangsa penderaan rumah tangga antara sembilan perkhidmatan yang disediakan menerusi Kempen ‘Are You Okay’ khususnya kepada golongan wanita B40 di negara ini.

Presiden Kelab Wanita Ikon Malaysia (KWIM), Datuk Normaziah Sheikh Mohamed berkata, perkhidmatan lain yang ditawarkan termasuk khidmat nasihat kepada wanita teraniaya dan jenayah buli siber yang semakin berleluasa.

"Kempen yang telah dilancarkan pada 20 Oktober lepas antara lain bagi memperkasakan wanita dalam menangani masalah psikososial yang kini menjadi kebimbangan semua orang.

"Ramai wanita di luar sana yang berhadapan dengan masalah ini dan banyak kami boleh bantu lebih-lebih lagi dalam membina kekuatan diri,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kelab Wanita Ikon Perak dan Kempen ‘Are You Okay’ cawangan negeri di sini pada Jumaat.

Normaziah berkata, kempen tersebut dilancarkan supaya wanita tidak berasa keseorangan kerana sistem kekeluargaan akan menjadi kucar-kacir jika seseorang ibu atau isteri tidak berada pada tahap kesihatan mental yang baik.

Kempen ‘Are You Okay’ dilancarkan KWIM pada 20 Oktober lepas bagi membantu golongan wanita dari sudut kesihatan mental dan kesejahteraan rumah tangga. - Bernama