20 veteran ATM kurang upaya terima kerusi roda

Seramai 20 orang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima sumbangan kerusi roda pada Majlis Sambutan Malam Nisfu Sya'aban dan Doa Kesyukuran di Pangkalan Udara Kuala Lumpur di sini malam tadi. - Bernama
Seramai 20 orang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima sumbangan kerusi roda pada Majlis Sambutan Malam Nisfu Sya'aban dan Doa Kesyukuran di Pangkalan Udara Kuala Lumpur di sini malam tadi. - Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 20 orang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima sumbangan kerusi roda pada Majlis Sambutan Malam Nisfu Sya'aban dan Doa Kesyukuran di Pangkalan Udara Kuala Lumpur di sini malam tadi.

Kerusi roda sumbangan Badan Amal Kasih Sayang (Bakasa) itu disampaikan kepada Presiden Persatuan Veteran ATM, Kapten Datuk Sharuddin Omar.

Yang Dipertua Bakasa Tengku Puteri Seri Teja Pahang Puan Sri Tengku Muhaini Sultan Ahmad Shah berkata sumbangan untuk ahli-ahli persatuan itu yang kurang upaya merupakan sebahagian Projek Khas Kerusi Roda di bawah naungan Bakasa.

"Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan harapan dan kebebasan kepada individu yang menghadapi cabaran dalam pergerakan supaya mereka dapat menjalani kehidupan seharian secara bebas.

"Projek khas kerusi roda ini menonjolkan komitmen kami untuk menyokong individu yang memerlukan kerusi roda," katanya.

Beliau yang juga isteri kepada Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis yang diadakan di Dewan Angkasaraya.

Katanya sumbangan itu merupakan permulaan bagi projek berkenaan dan sebanyak 1,000 lagi kerusi roda akan diedarkan dalam tempoh dua bulan.

Majlis itu turut dihadiri Cik Puan Muda Pahang Julita Aishah Abdul Latiff serta kerabat-kerabat Diraja Pahang.- Bernama

Artikel Berkaitan: