Belajar dengan teknologi terkini bersama Huawei Back To School, aplikasi Google

A
A
A

No Image Caption

Sesi persekolahan baharu bakal bermula pada 20 Mac depan, pastinya sekarang ini adalah masa terbaik untuk para pelajar semua membuat persiapan bagi meneruskan kesinambungan pembelajaran.

Dengan perubahan metodologi pengajaran dan pembelajaran di sekolah, gajet terkini pastinya mampu meningkatkan potensi seseorang pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

Namun, bila bercakap tentang memiliki gajet-gajet terkini untuk digunakan dalam sesi pembelajaran, pastinya perkara utama yang difikirkan oleh ibu bapa adalah bajet. Mereka sememangnya mahu membekalkan kemudahan terbaik kepada anak-anak tetapi sering kali kekangan kewangan menjadi masalah.

Jangan risau wahai ibu bapa, HUAWEI menawarkan kempen Back To School yang disertakan dengan aplikasi Google bagi membantu para pelajar memaksimumkan potensi pembelajaran mereka dengan harga mampu beli.

Promosi HUAWEI Back To School ini menawarkan komputer riba dan peranti tablet untuk pelajar, guru dan ibu bapa pada harga yang berbaloi-baloi. Memang menjadi misi HUAWEI untuk mendedikasikan tawaran hebat kepada para pelajar dengan teknologi yang mereka perlukan untuk berjaya dalam pelajaran. Kini para pelajar termasuk guru dan ibu bapa boleh mengalami pengalaman menakjubkan untuk dua perkara; peranti tablet Huawei dan juga aplikasi Google pada harga yang tiada tandingannya.

Sepanjang tempoh promosi Huawei Back To School ini, anda semua boleh mendapatkan pelbagai pilihan komputer riba dan tablet HUAWEI dengan diskaun sehingga RM1,000 dan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,300! Hebat dan berbaloi-baloikan?!

Dapatkan tablet HUAWEI dengan penuh nilai sekarang

No Image Caption

Bila sebut mengenai peranti tablet, jenama Huawei adalah antara pengeluar tablet terbaik di dunia. Siri HUAWEI MatePad memang sudah lama diakui kehebatannya dari segi kualiti dan prestasi. Jadi untuk promosi Back To School, Huawei menawarkan MatePad 10.4 dengan Paparan Penuh 2K bersama sistem audio dan prestasi berkuasa. Ia bakala memberikan anda pengalaman lebih menarik untuk mengikut kelas atau mesyuarat atas talian, serta menghasilkan persembahan hebat biarpun dengan muatnaik intensif.

No Image Caption

Manakala HUAWEI MatePad 11 dengan kadar penyegaran 120Hz pula akan memberikan suatu pengalaman visual yang lancar ketika anda melayari atau menonton video. Tablet ini juga didatangkan dengan HUAWEI M-Pencil Generasi Kedua yang membolehkan anda menulis nota, membalas mesej, membuat anotasi dan melukis diagram dengan mudah dan tepat.

Masa terbaik tukar komputer riba lama

No Image Caption

Jika anda sentiasa dalam bergerak dan banyak merantau, tetapi tidak mahu berkompromi dengan saiz skrin atau prestasi apabila ia berkaitan dengan komputer riba anda, HUAWEI MateBook D15 adalah jawapan terbaik untuk memenuhi segala keinginan anda itu.

Dengan skrin 15.6-inci yang besar, anda boleh bekerja dengan selesa pada pembentangan, hamparan dan banyak lagi tanpa rasa tertekan. Mungkin anda ingat bila skrin besar maka komputer riba akan jadi berat, Usah bimbang tau, walaupun paparannya yang besar, MateBook D15 adalah sangat ringan. Dengan berat 1.56kg, menjadikannya komputer riba yang sesuai untuk dibawa ke mana-mana.

Di samping mudah alihnya, MateBook D15 juga menawarkan prestasi yang mengagumkan. Dengan pemproses Intel Core Generasi ke-11 yang berkuasa dan RAM yang mencukupi, anda boleh melakukan pelbagai tugas dengan mudah, bertukar dengan cepat antara aplikasi yang berbeza dan tidak pernah mengalami sebarang kelembaban.

Aplikasi Google telah tersedia dalam tablet Huawei

Bila sebut tentang aplikasi, maka semua orang pastinya sebut mengenai aplikasi Google. Kini dalam telefon pintar HUAWEI seperti siri HUAWEI Mate50 dan tablet HUAWEI pun sudah tersedia aplikasi Google yang pastinya menjadi pilihan sempurna untuk pembelajaran secara atas talian melalui Google Classroom, Google Meet dan banyak lagi.

Dengan hanya beberapa langkah mudah, anda boleh menikmati aplikasi berkait dengan Google seperti Youtube, Google Maps, Google Drive, Google Docs, Google Sheet, Google Slides dan macam-macam lagi dengan telefon pintar dan tablet Huawei baharu!

Berikut adalah langkah-langkah untuk memuat turun aplikasi Google di peranti HUAWEI

1. Pergi ke HUAWEI AppGallery, cari dan muat turun aplikasi ‘Lighthouse’

No Image Caption

2. Kembali semula kepada AppGallery, cari dan muat turun sebarang aplikasi Google

No Image Caption

3. Bukan aplikasi Google dan log masuk ke dalam akaun Google anda

No Image Caption

4. Anda boleh log masuk ke dalam pelbagai akaun

No Image Caption

Cepat-cepat! Jangan lepaskan kesempatan untuk merebut promosi Huawei's Back To School sekarang dan dapatkan segera peranti yang anda perlukan untuk sesi baharu persekolahan nanti.

Jangan ketinggalan untuk mempertingkatkan pengalaman pembelajaran anda dengan teknologi terkini dari HUAWEI.

Kunjungi segera Huawei Experience Store or Huawei Official Website untuk dapatkan maklumat lebih lanjut.