Lazada bantu usahawan lonjak pendapatan

Alan (tengah) bergambar bersama pemenang anugerah pada Majlis Anugerah Sellerbration 2022 di KLCC pada Selasa.- FOTO SINAR HARIAN/RAFEQ REDZUAN
Alan (tengah) bergambar bersama pemenang anugerah pada Majlis Anugerah Sellerbration 2022 di KLCC pada Selasa.- FOTO SINAR HARIAN/RAFEQ REDZUAN
A
A
A

LAZADA membantu usahawan melonjak pendapatan mereka dengan memperkenal program ‘Cashback Tiap Hari’ dan ‘Seller Affiliate.

Program terbaharu itu mengukuhkan lagi komitmen Lazada memperkasa kumpulan itu dalam membina dan mengembangkan perniagaan dalam talian mereka.

Cashback Tiap Hari Lazada membolehkan penjual menawarkan pengalaman beli-belah dalam talian dengan lebih banyak ganjaran kepada pelanggan dan rebat menarik serta pulangan tunai bagi setiap pembelian

Selain itu, program ‘Seller Affiliate' juga menawarkan saluran pendapatan tambahan untuk penjual mendapatkan komisen berdasarkan pembelian yang dibuat pelanggan menerusi pautan gabungan.

Kedua-dua program baharu itu diumumkan bersempena Masterclass Edisi Ke-9 iaitu sebuah inisiatif pendidikan eksklusif bagi membantu penjual baharu dan sedia ada mendapat ilmu berkaitan e-dagang daripada pemain industri berpengalaman.

Menerusi kelas tersebut, penjual dilatih mengenai cara mengembangkan perniagaan dalam talian dan meningkatkan trafik pelanggan dalam pelbagai topik termasuk perancangan kempen sempurna, asas perniagaan dalam talian, penjenamaan digital bagi impak maksimum dan pengaturcaraan teras untuk syarikat pemula niaga.

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Alan Chan berkata, sebagai perintis platform e-dagang, Lazada beriltizam untuk membantu rakan kongsi dan penjual menjadi lebih cemerlang.

"Dengan kejayaan pelbagai program seperti Lazada Bonus dan LazCoins, kami telah memperkenalkan ‘Cashback Tiap Hari' dan ‘Seller Affiliate' sebagai tawaran serba baharu yang memberikan pengalaman beli-belah dalam talian yang lebih baik.

"Di samping pembeli akan menikmati diskaun dan penjimatan semasa membuat pembelian, penjual juga dapat bertukar dan menarik pelanggan dengan lebih efisien," katanya.

Ujarnya, menerusi program Masterclass, Lazada dapat memperkasakan penjual dengan kelengkapan untuk memaksimumkan potensi perniagaan dan pendapatan mereka, serta meningkatkan lagi kelestarian dan daya tahan perniagaan

"Kami mengalu-alukan lebih ramai penjual tempatan, usahawan dan PKMS (perusahaan mikro, kecil dan sederhana) untuk memulakan perniagaan digital mereka bersama Lazada, di mana kami akan terus memberikan bimbingan bagi memastikan penjual meraih lebih banyak manfaat daripada e-dagang,” katanya.

Dalam pada itu, bagi memupuk komuniti penjual berdaya maju, Lazada juga telah menganjurkan Majlis Anugerah Sellerbration 2022 bagi mengiktiraf pencapaian serta menghargai penyertaan aktif mereka dalam inisiatif pendidikan berasaskan penjual dan komuniti pada Selasa bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Ia babitkan Anugerah Nilai Barangan Kasar (GMV), Anugerah Pesanan Terbaik, Anugerah Bintang Menyinar serta Academic Rockstar merangkumi kategori fesyen, barangan am, elektronik dan fast moving consumer goods (FMCG).

Mhome Aircond Specialist dinobat sebagai pemenang Anugerah Bintang Menyinar bagi kategori elektronik.

Firdaus (kanan) mewakili Mhome Aircond Specialist menerima Anugerah Bintang Menyinar bagi kategori elektronik disampaikan oleh wakil Lazada, Chloe Kong. - FOTO SINAR HARIAN/RAFEQ REDZUAN
Firdaus (kanan) mewakili Mhome Aircond Specialist menerima Anugerah Bintang Menyinar bagi kategori elektronik disampaikan oleh wakil Lazada, Chloe Kong. - FOTO SINAR HARIAN/RAFEQ REDZUAN

Wakil syarikat berkenaan, Firdaus Roslan, 28 yang ditemui pada majlis berkenaan berkata, jualan secara dalam talian menunjukkan peningkatan ketara melebihi 100 peratus pada tahun lepas selepas banyak mengikuti kempen promosi ditawarkan Lazada selain pemberian baucar.

"Faktor pandemik Covid-19 juga banyak mengubah gaya hidup pengguna yang lebih gemar membeli keperluan secara dalam talian berbanding ke kedai.

"Melalui anugerah diterima ini, ia dapat meningkatkan lagi imej syarikat serta suntikan semangat buat kami meningkatkan lagi jualan pada tahun-tahun mendatang," ujarnya.

Vicky (kanan) dari Veonco menerima Anugerah Pesanan Terbaik FMCG pada Majlis Anugerah Sellerbration 2022 di KLCC pada Selasa.- FOTO SINAR HARIAN/RAFEQ REDZUAN
Vicky (kanan) dari Veonco menerima Anugerah Pesanan Terbaik FMCG pada Majlis Anugerah Sellerbration 2022 di KLCC pada Selasa.- FOTO SINAR HARIAN/RAFEQ REDZUAN

Veonco dinobat pemenang Anugerah Pesanan Terbaik FMCG, dan menurut pengasasnya, Vicky Liew, beliau akan terus meningkatkan kapasiti dan kepelbagaian produk bagi memenuhi permintaan pelanggan.

"Saya aktif dalam perkhidmatan jualan dalam talian sejak 2018 kerana ia memudahkan orang ramai membeli dengan hanya menekan butang.

" Bagi meningkatkan jualan, saya sentiasa ikut kempen dijalankan Lazada dan setakat ini jumlah trafik pelanggan berada dilandasan yang betul.

"Bagi tahun ini semestinya target saya meningkatkan jualan sekurang-kurangnya 0.8 peratus berbanding tahun sebelumnya," katanya.

Usahawan dan PMKS yang berminat untuk memulakan perniagaan dalam talian boleh menyemak pakej penjual baharu Lazada Malaysia 2023 dengan melayari https://education.lazada.com.my/cms/NSP.