Remaja mati lemas dalam tasik

Foto : Ihsan Polis
Foto : Ihsan Polis
A
A
A

KUALA LANGAT - Remaja lelaki yang bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-15 Jumaat depan ditemui maut selepas lemas di Tasik Taman Desa Kemandol, Jenjarom di sini pagi tadi.

Terdahulu, Muhammad Azzaly Azman, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sijangkang Jaya dikatakan berenang untuk menyeberangi tasik berkenaan sebelum dia tenggelam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, sekitar jam 3.30 petang semalam, mangsa bersama lima rakannya dari Telok Panglima Garang, Sijangkang datang ke tasik Taman Desa Kemandol untum bersiar-siar

"Satu jam kemudian, mangsa bersama dua rakannya turun mandi di tasik sementara tiga lagi tidak berbuat demikian.

"Bagaimanapun, selepas 30 minit mandi, mangsa dikatakan berenang untuk memyeberangi tasik sebelum dia tenggelam. Susulan itu, dua lagi yang mandi kemudian keluar dari tasik dan meminta bantuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azizan berkata, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya tiba di lokasi sekitar jam 6.20 petang dan operasi mencari dan menyelamat digerakkan.

"Pasukan Penyelamat Di Air bomba telah menjumpai mayat mangsa pada jarak 15 meter dari tebing tasik, jam 8.53 pagi tadi," katanya.

Azizan menambah, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Banting dan hasil bedah siasat mengesahkan kematian mangsa disebabkan lemas dalam air.

Artikel Berkaitan: