Status penambahbaikan Velodrom Rakyat akhir bulan ini

Adam Adli, Laporan Sinar Harian pada 27 Januari lalu.
Adam Adli, Laporan Sinar Harian pada 27 Januari lalu.
A
A
A

STATUS penambahbaikan Velodrom Rakyat di Ipoh akan diketahui keputusannya selepas sidang Parlimen akhir bulan ini, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim.

Beliau berkata, pihaknya akan meneliti dahulu perkara tersebut di peringkat kementerian bagi mencari penyelesaian dan situasi menang-menang untuk semua pihak terlibat.

"Kementerian ambil maklum perkara yang dibangkitkan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) malah kita telah perincikan semua aspek kerana ia melibatkan kos yang tinggi.

"Kita sedia maklum Velodrom Rakyat ini telah dibaik pulih dengan kos sebanyak RM11 juta pada 2016 lalu dan kini difahamkan mengalami kerosakan, jadi kita mahu siasatan terperinci dilakukan sebelum membuat keputusan, dijangkakan selepas persidangan Parlimen, 24 Februari ini," katanya selepas pelancaran jersi dan pengenalan pemain kelab BRM FC di sini pada Sabtu.