Lelaki OKU hidup daif tinggal dalam bilik kecil

Pegawai MAIWP menziarahi seorang lelaki OKU yang hidup serba daif dan tinggal bersendirian di sebuah ruang bilik kecil di ibu kota.
Pegawai MAIWP menziarahi seorang lelaki OKU yang hidup serba daif dan tinggal bersendirian di sebuah ruang bilik kecil di ibu kota.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) hidup serba kedaifan dan tinggal bersendirian di sebuah ruang bilik kecil di ibu kota.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memaklumkan, tempat tinggal warga emas itu terlalu sempit dan keadaannya tidak terurus.

"Menurut maklumat orang awam, lelaki ini mempunyai ramai adik beradik namun kebanyakan mereka tidak dapat memberikan perhatian kepadanya memandangkan masing-masing telah mempunyai kehidupan sendiri," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Sabtu.

Kenyataan itu memberitahu, warga emas itu tidak mempunyai sebarang pendapatan, namun meneruskan hidup dengan bantuan ihsan masyarakat sekeliling dan ahli keluarga terdekat.

Menurut kenyataan itu, MAIWP simpati nasib dialami dan terpanggil untuk membantu warga emas itu melalui bantuan sesuai.

"Meskipun lelaki ini OKU dan percakapan tidak jelas didengari, namun raut wajah di samping gerakan bibir jelas menunjukkan beliau berterima kasih dengan kehadiran kami," kata kenyataan itu.