Saya pun perlu duit untuk hidup: Isteri Allahyarham Saleem

Isteri Allahyarham Saleem
Isteri Allahyarham Saleem
A
A
A

ISTERI Allahyarham penyanyi terkenal, Saleem, Julia Bachok memberitahu hubungan dengan anak tirinya, Syafiq Farhain berada dalam keadaan baik.

Menurut laporan mStar Online, masalah yang dialami Julia sebelum ini berpunca di antara pihak syarikat rakaman yang mempromosikan nama Syafiq tanpa bayaran.

“Saya tak pernah lupakan dia dan malah pada show Saleem kali ini pun saya jemput untuk sama-sama buat persembahan. Tak salah pun nak panggil dia kalau dia nak, saya akan bayar.

“Isu sebelum ini saya tak marahkan dia cuma pihak syarikat. Sekalipun mereka nak guna nama arwah, saya izinkan tapi mereka perlu bayar. Saya pun perlu duit untuk hidup.

“Lagi pun saya fikir Syafiq masih muda. Kami tak bergaduh dan boleh sahaja bergambar sama,” jelasnya.

Pada masa sama Julia turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang ambil mudah buat duit menerusi nama arwah suaminya.

Mengenai Showcase Supernova Kesinambungan Seni Legendary ‘S’ remembering Saleem, kata Julia ia merupakan impian yang dijadualkan selepas raya nanti.

Artikel Berkaitan: