Universiti di Malaysia masih di era 70-an

Suasana peperiksaan di universiti. (Gambar kecil: Noor Azlan)
Suasana peperiksaan di universiti. (Gambar kecil: Noor Azlan)
A
A
A

SHAH ALAM - Tradisi peperiksaan akhir tahun beberapa universiti di negara ini masih tidak banyak berbeza keadaannya seperti di sekolah.

Pakar ekonomi, Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, keadaan itu sama dengan situasi universiti pada sekitar 1970-an.

"Susun kerusi, meja dengan jarak yang tepat, dewan besarnya, pengawas mundar mandir memastikan tiada yang meniru, peraturan peperiksaannya yang ketat, wajah cemas pelajarnya tersengguk atas meja, ketepatan masa peperiksaannya, sama macam di sekolah.

"Kalau tradisi peperiksaan akhir masih kekal, bagaimana pula dengan proses pengajaran dan pembelajaran? Bagaimana pula penilaiannya,"? soalnya.

Beliau berkata, banyak perkara perlu diberi perhatian bagi meningkatkan kualiti mahasiswa di negara ini sesuai dengan peredaran zaman.

"Terlalu banyak laporan dalam dan luar negara menyatakan apa yang kurang dalam lepasan graduan yang institusi pengajian tinggi hasilkan.

"Saya yakin kaedah peperiksaan dan penilaian begini tidak mampu menangani kekurangan yang laporkan. Rakan-rakan IPT, masa untuk berubah. Maaf saya menyuarakan dari hati," ujarnya.