Inisiatif Menu Rahmah tidak libat perbelanjaan kerajaan

Salahuddin beramah mesra bersama pelanggan ketika hadir merasmikan Menu Rahmah bersama Persatuan Pengusaha Restoran Tom Yam Malaysia (PERTOM) di Medan Selera Lembah Keramat AU5 hari ini. Foto Bernama
Salahuddin beramah mesra bersama pelanggan ketika hadir merasmikan Menu Rahmah bersama Persatuan Pengusaha Restoran Tom Yam Malaysia (PERTOM) di Medan Selera Lembah Keramat AU5 hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan inisiatif Menu Rahmah yang menawarkan makanan pada harga RM5 dan ke bawah sejak hujung bulan lepas tidak melibatkan sebarang peruntukan ataupun perbelanjaan daripada kerajaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, ia sebaliknya adalah sepenuhnya komitmen peniaga yang secara sukarela menyertainya.

Beliau berkata, sejak dilancarkan, Menu Rahmah mendapat sambutan baik di seluruh negara dengan ramai peniaga bersama menyahut aspirasi kerajaan dalam membantu mereka yang memerlukan terutamanya golongan B40.

"Ramai golongan peniaga berlumba-lumba menyertai inisiatif ini dengan menawarkan juadah serendah RM5 di premis mereka, ini maknanya mereka mahu bersama melakukannya dengan semangat kebajikan tanpa paksaan sesiapa.