40 terbunuh dalam banjir, tanah runtuh di Peru

Orang ramai berjalan kaki di kawasan bencana yang mengalami kerosakan akibat tanah runtuh di Secocha, Arequipa, Peru. - Foto EPA
Orang ramai berjalan kaki di kawasan bencana yang mengalami kerosakan akibat tanah runtuh di Secocha, Arequipa, Peru. - Foto EPA
A
A
A

BOGOTA - Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh susulan hujan lebat di Peru, menurut Pusat Operasi Kecemasan Kebangsaan (COEN).

Kebanyakan kes kematian berlaku di wilayah Arequipa, Secocha dan Camana, lapor Agensi Anadolu.

Sebanyak 5,495 rumah, 538 kilometer jalan raya dan 34 jambatan rosak manakala beribu-ribu orang hilang tempat tinggal akibat bencana itu.

Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Sementara itu, perintah darurat diisytiharkan di Arequipa, wilayah yang paling terjejas teruk.

Pihak berkuasa berkata, usaha untuk mengagihkan bantuan kepada mereka yang terjejas masih diteruskan. - Bernama