Allen lupakan aksi antarabangsa

Allen mula menyarung jersi Wales pada 2009. - Foto Agensi
Allen mula menyarung jersi Wales pada 2009. - Foto Agensi
A
A
A

PEMAIN tengah, Joe Allen terpaksa membuat keputusan besar apabila menamatkan karier antarabangsa setelah 14 tahun menyarung jersi Wales sejak 2009.

Kecederaan menghalang pemain berusia 32 tahun itu untuk meneruskan kerjaya di pentas antarabangsa.

Bekas pemain Liverpool dan Stoke itu sudah membuat 74 penampilan dan hanya akan memberi fokus bermain untuk pasukan Kejuaraan Swansea.

“Sokongan daripada negara kita memberi inspirasi dan ia membuatkan saya bangga dapat memakai baju kebangsaan. Begitu banyak pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

“Malangnya, masa dan kecederaan menjadi penghalang. Jadi sudah tiba masanya untuk saya memberi laluan kepada generasi baharu,” katanya.

Allen membuat penampilan sulung di Wales pada tahun 2009 bersama Gareth Bale dan Aaron Ramsey.

“Bermain untuk Wales adalah satu keghairahan dan cinta yang mendalam dalam diri. Saya amat bertuah,” katanya yang kembali ke Swansea tahun lalu.

Sepanjang karier di peringkat antarabangsa, Allen pernah membantu Wales mara ke separuh akhir Euro 2016.

Allen juga membantu Wales beraksi di Euro 2020 dan layak ke Piala Dunia pertama mereka sejak 1958 di Qatar tahun lalu.

Dia membuat penampilan terakhir bersama Wales ketika mereka tewas di peringkat kumpulan menentang England di Piala Dunia 2022.