Kerajaan, NGO dunia digesa hulur bantuan kepada Turkiye, Syria

Kerajaan dan pertubuhan kebajikan di seluruh dunia digesa segera menghulurkan bantuan kewangan dan teknikal kepada Turkiye dan Syria yang dilanda gempa bumi pada Isnin. - Foto Bernama
Kerajaan dan pertubuhan kebajikan di seluruh dunia digesa segera menghulurkan bantuan kewangan dan teknikal kepada Turkiye dan Syria yang dilanda gempa bumi pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan dan pertubuhan kebajikan di seluruh dunia digesa segera menghulurkan bantuan kewangan dan teknikal kepada Turkiye dan Syria yang dilanda gempa bumi pada Isnin.

Majlis Ulamak UMNO dalam satu kenyataan turut menyeru agar kerajaan Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat Malaysia melaksanakan tanggungjawab sesama saudara Islam.

“Kami mengucapkan takziah kepada kerajaan dan rakyat Turkiye serta Syria atas musibah besar yang berlaku akibat gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Ritcher pada awal pagi ini yang telah mengorbankan lebih 500 nyawa rakyat.

“Majlis Ulamak juga secara khusus menyeru kerajaan Malaysia, NGO dan rakyat Malaysia segera melaksanakan tanggungjawab persaudaraan Islam dan persaudaraan kemanusiaan.

“Ia dengan menghulurkan bantuan kemanusiaan dan sumbangan umum kepada mangsa-mangsa yang terjejas,” katanya pada Isnin.

Sebelum ini, dilaporkan sekurang-kurangnya 76 orang terbunuh manakala 440 lagi cedera selepas gempa bumi kuat melanda selatan Turkiye, manakala kira-kira 100 orang dilaporkan terbunuh dan ratusan lagi cedera di Syria.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye memaklumkan, gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter itu berlaku pada 4.17 pagi (0117GMT) waktu tempatan dan berpusat di daerah Pazarcik, wilayah Kahramanmaras.

Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman tujuh kilometer, diikuti dengan dua gempa bumi susulan yang melanda wilayah Gaziantep.

ARTIKEL BERKAITAN: Gempa bumi 7.4 skala richter landa wilayah selatan Turkiye

ARTIKEL BERKAITAN: Gempa bumi Turkiye: 76 maut, 440 cedera

ARTIKEL BERKAITAN: 100 maut gempa bumi di Syria

ARTIKEL BERKAITAN: Angka korban gempa bumi di Turkiye, Syria meningkat

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada rakyat Malaysia terlibat gempa bumi di Turkiye

ARTIKEL BERKAITAN: Gempa bumi: Malaysia rakam takziah, simpati kepada Turkiye