PM jalani pemeriksaan kesihatan di IJN

Anwar (kiri) kembali menyambung tugasan selepas doktor mengesahkan kesihatannya dalam keadaan baik. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
Anwar (kiri) kembali menyambung tugasan selepas doktor mengesahkan kesihatannya dalam keadaan baik. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa beliau menjalani pemeriksaan kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN) pagi tadi.

Bagaimanapun, Anwar memaklumkan tahap kesihatan beliau dalam keadaan yang baik.

Beliau juga kembali menyambung semula tugasannya selepas doktor mengesahkan keadaan kesihatannya itu.

“Pagi tadi jalani pemeriksaan kesihatan IJN.

“Seusai pemeriksaan dan doktor mengesahkan kesihatan saya berada pada tahap yang baik, saya langsung menyambung tugasan bersama staf.

“Alhamdulillah,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Ahad.

Pada Ahad, media melaporkan Ahli Parlimen Tambun itu tidak sihat bagi menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar ketika ditemui pemberita pada sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy.