Ratusan ribu hadir sambutan Thaipusam di Batu Caves

Penganut-penganut Hindu menaiki 272 anak tangga Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves bagi menunaikan upacara keagamaan sempena perayaan Thaipusam. Foto Bernama.
Penganut-penganut Hindu menaiki 272 anak tangga Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves bagi menunaikan upacara keagamaan sempena perayaan Thaipusam. Foto Bernama.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ratusan ribu pengunjung dianggarkan hadir bagi meraikan sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves dekat sini pada Ahad.

Tinjauan Astro AWANI mendapati, orang ramai terutamanya penganut agama Hindu mula memasuki lokasi berkenaan sejak awal pagi.

Malah, menurut pengawal keselamatan bertugas yang ditemui, kesesakan di kawasan itu bermula seawal jam 1 pagi.

Penganut-penganut Hindu menaiki 272 anak tangga Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves bagi menunaikan upacara keagamaan sempena perayaan Thaipusam.- Foto Bernama.
Penganut-penganut Hindu menaiki 272 anak tangga Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves bagi menunaikan upacara keagamaan sempena perayaan Thaipusam.- Foto Bernama.



Bagaimanapun, keadaan terkawal dan lancar setakat ini dengan upacara keagamaan penganut tersebut dapat dilakukan tanpa sebarang masalah.

Kepelbagaian acara perarakan kavadi juga menarik perhatian pengunjung yang bukan sahaja terdiri daripada penduduk tempatan tetapi juga warga asing.

Kebanyakan mereka nyata terpukau dengan keunikan sambutan Thaipusam sebagai salah satu perayaan masyarakat berbilang kaum di Malaysia yang diraikan dengan begitu harmoni.

Semalam Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi berkata, pihaknya mengambil semua langkah dan persediaan awal bagi menjamin keselamatan pengunjung.

Menurutnya, hampir 2,000 anggota polis dengan kerjasama 11 agensi luar ditempatkan di sekitar kawasan Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan perayaan Thaipusam kali ini.

Beliau juga berkata, pihak polis menjangkakan lebih 300,000 pengunjung akan berada di Batu Caves bermula petang semalam hingga hari ini.- Awani